Emas terus jadi bualan hangat di dada-dada akhbar memandangkan ramalan emas akan naik kepada AS$1,500 seauns (RM150 segram) tahun 2011 ini, berbanding AS$1,3000 seauns (RM136 segram) kini.
kepada sesiapa yg belum menyimpan emas bertindaklah sekarang. jgn sampai menyesal kemudian hari kerana tidak mampu lagi beli emas.
Rebutlah peluang menyimpan emas sekarang...jadikanlah diri anda salah seorg insan yg beruntung.
Harga emas cecah RM150 satu gram
Oleh Shahrizan Salian dan Mohd Zaky Zainuddin
2011/01/07
HARGA emas diunjurkan meneruskan arah aliran meningkatnya pada tahun ini untuk mencecah sehingga RM150 satu gram. Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong Holdings Bhd, Datuk Eddie Choon, berkata umumnya harga dagangan komoditi itu di pasaran global dijangkakan melonjak sehingga AS$1,500 seauns tahun ini berbanding kira-kira AS$1,300 seauns sekarang.
“Harga emas adalah kukuh tahun lalu sekitar AS$1,400 seauns dan saya menjangkakan ia mampu mencecah AS$1,500 seauns pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Poh Kong di Kuala Lumpur, semalam.
Harga emas ditutup tahun lalu pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.
Ia ditutup pada AS$1,375.3 seauns. Di pasaran tempatan ia diniagakan pada harga RM136.01 satu gram kelmarin.
Emas adalah komoditi paling kukuh sepanjang tahun lalu kerana pelabur melihatnya sebagai pelaburan lindung nilai.
Choon berkata, walaupun harga emas tinggi ia tidak menghalang pengguna daripada membelinya disebabkan nilainya dijangka terus kukuh.
“Emas dianggap pelaburan jangka panjang yang memberikan perlindungan terhadap beberapa risiko tidak dijangka dalam kitaran ekonomi,” katanya.
Beliau menjelaskan, perhiasan emas yang dikeluarkan oleh Poh Kong juga terus menjadi penyumbang pendapatan utama kepada kumpulan itu.
Poh Kong adalah peneraju dalam pengeluaran serta peruncitan emas, barang perhiasan dan batu bernilai di negara ini dengan rangkaian 97 cawangan di seluruh negara.
Kumpulan itu menguasai 15 peratus pasaran produk emas di Malaysia.
Sementara itu, Choon berkata, Poh Kong merancang membuka tiga lagi cawangan tahun ini membabitkan pelaburan kira-kira RM9 juta.
Mengenai rancangan untuk meluaskan cawangan Sabah dan Sarawak serta luar negara, beliau berkata, ia sedang dipertimbangkan tetapi bukan dalam waktu terdekat ini.
Poh Kong meraih keuntungan sebelum cukai sebanyak RM44.8 juta dalam tahun kewangan 2010 meningkat 16.1 peratus daripada RM38.6 juta tahun kewangan sebelumnya.
Choon berkata, peningkatan itu didorong prestasi lebih baik dalam margin keuntungan dan peningkatan pendapatan hasil jualan.

Sumber: Berita Harian Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan