Social Icons

Sabtu, 8 Januari 2011

Harga Emas Cecah RM4,650 seaun

6 Jan 2011 Utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.
Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku memandangkan trend semasa dan permintaan berterusan di pasaran.
''Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat.
''Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,'' katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas di minta mengulas mengenai harga pasaran semasa emas pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Poh Kong di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Perhubungan Korporat, Pentadbiran & Sumber Manusia, Margaret Hon dan Akauntan, Hoh Sze Haw.
 
Tahun lalu, harga komoditi mengalami lonjakan positif apabila ditutup pada paras yang tinggi terutama bagi emas hingga ke minyak mentah.
 
Harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4406.34) satu auns pada hari terakhir 2010, naik kira-kira 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Para penganalisis menjangkakan trend peningkatan harga akan berterusan pada tahun ini kerana emas merupakan komoditi paling cemerlang dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.
Secara tradisinya ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai dan sering digunakan sebagai mekanisme lindung nilai terhadap deflasi.

Jadual Seminar Januari 2011

Bagi mereka yang terlepas seminar bulan Disember 2010, anda masih berpeluang menyertai seminar pada bulan ini.



Sabtu 8/1/2011 
8.30 malam – 10.30 malam
Seminar Peluang Perniagaan Emas
Public Gold Melaka MITC Ancasa Hotel
sebelah MITC, Ayer keroh, Melaka


Selasa 11/1/2011
(DITUNDA) 
8.30 malam – 10.30 malam 
Seminar Peluang Perniagaan Emas 
Public Gold Penang Public Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.


Rabu 12/1/2011 
8.30 malam – 10.30 malam 
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani


Khamis 13/1/2011
. 8.30 malam – 10.30 malam 
Seminar Peluang Perniagaan Emas 
Public Gold. Ipoh Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak


Ahad 16/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam 
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Seremban Hotel Seri Malaysia
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban,


Rabu 19/1/2011 
8.30 malam – 10.30 malam 
Seminar Peluang Perniagaan Emas 
Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank)


Khamis 20/1/2011 
8.30 malam – 10.30 malam
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold 
Kuala Terengganu Ming Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu 


Jumaat 21/1/2011
8.30 malam – 10.30 malam 
Seminar Peluang Perniagaan Emas 
Public Gold. Kuantan
Pahang Hotel Seri Malaysia
Jalan Teluk Sisek
25000 Kuantan 


Sabtu 22/1/2011
2 sesi (pilih salah satu sahaja)
i. 12 tgh – 2.00 ptg ii. 8.30PM – 10.30 PM 
Seminar Peluang Perniagaan Emas 
Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 

Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini.Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas. Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-2113166 butiran-butiran berikut
1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas.
Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.
Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.

Jumaat, 7 Januari 2011

Harga emas cecah RM150 satu gram

Emas terus jadi bualan hangat di dada-dada akhbar memandangkan ramalan emas akan naik kepada AS$1,500 seauns (RM150 segram) tahun 2011 ini, berbanding AS$1,3000 seauns (RM136 segram) kini.

kepada sesiapa yg belum menyimpan emas bertindaklah sekarang. jgn sampai menyesal kemudian hari kerana tidak mampu lagi beli emas.


Rebutlah peluang menyimpan emas sekarang...jadikanlah diri anda salah seorg insan yg beruntung.

Harga emas cecah RM150 satu gram
Oleh Shahrizan Salian dan Mohd Zaky Zainuddin

2011/01/07

HARGA emas diunjurkan meneruskan arah aliran meningkatnya pada tahun ini untuk mencecah sehingga RM150 satu gram.

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong Holdings Bhd, Datuk Eddie Choon, berkata umumnya harga dagangan komoditi itu di pasaran global dijangkakan melonjak sehingga AS$1,500 seauns tahun ini berbanding kira-kira AS$1,300 seauns sekarang.
“Harga emas adalah kukuh tahun lalu sekitar AS$1,400 seauns dan saya menjangkakan ia mampu mencecah AS$1,500 seauns pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Poh Kong di Kuala Lumpur, semalam.
Harga emas ditutup tahun lalu pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Ia ditutup pada AS$1,375.3 seauns. Di pasaran tempatan ia diniagakan pada harga RM136.01 satu gram kelmarin.


Emas adalah komoditi paling kukuh sepanjang tahun lalu kerana pelabur melihatnya sebagai pelaburan lindung nilai.


Choon berkata, walaupun harga emas tinggi ia tidak menghalang pengguna daripada membelinya disebabkan nilainya dijangka terus kukuh.

“Emas dianggap pelaburan jangka panjang yang memberikan perlindungan terhadap beberapa risiko tidak dijangka dalam kitaran ekonomi,” katanya.

Beliau menjelaskan, perhiasan emas yang dikeluarkan oleh Poh Kong juga terus menjadi penyumbang pendapatan utama kepada kumpulan itu.


Poh Kong adalah peneraju dalam pengeluaran serta peruncitan emas, barang perhiasan dan batu bernilai di negara ini dengan rangkaian 97 cawangan di seluruh negara.


Kumpulan itu menguasai 15 peratus pasaran produk emas di Malaysia.

Sementara itu, Choon berkata, Poh Kong merancang membuka tiga lagi cawangan tahun ini membabitkan pelaburan kira-kira RM9 juta.

Mengenai rancangan untuk meluaskan cawangan Sabah dan Sarawak serta luar negara, beliau berkata, ia sedang dipertimbangkan tetapi bukan dalam waktu terdekat ini.


Poh Kong meraih keuntungan sebelum cukai sebanyak RM44.8 juta dalam tahun kewangan 2010 meningkat 16.1 peratus daripada RM38.6 juta tahun kewangan sebelumnya.


Choon berkata, peningkatan itu didorong prestasi lebih baik dalam margin keuntungan dan peningkatan pendapatan hasil jualan. 

Sumber: Berita Harian Online

Khamis, 6 Januari 2011

Harga Komoditi Tertinggi 2010

Keratan Akhbar Berita Harian, 03 Januari 2010

sumber: my-koleksi.blogspot.com

Rabu, 5 Januari 2011

MUAT TURUN SENARAI KEDAI YANG MENERIMA DINAR DAN DIRHAM SEBAGAI URUSAN JUAL BELI 

Ahad, 2 Januari 2011

Beli-simpan emas 01/01/2010 - 01/01/2011 - Untung 29.18% setahun



Fakta :
  1. peratusan kenaikan harga emas sepanjang 2010 adalah 29.18%..alhamdulillah...
  2. sapa yang beli-simpan emas 1/1/2010 - 1/1/2011 akan nikmatinya..
  3. beli emas dgn ilmu...insyaallah mampu berjaya dgn amat baik..
  4. beli rm100k awal tahun 2010...hari ni kita tuai rm29k++...
WOW..REZEKI ALLAH BG MELALUI EMAS DAN PERAK. AGAK2 TAHUN DEPAN BERAPA PLAK? BERTINDAK SEKARANG.

SUMBER:TOKEY-EMAS999
 

Sabtu, 1 Januari 2011

Memaksimumkan Keuntungan Perlaburan Emas


Katakan anda mempunyai modal sebanyak rm 100,000.00. Modal rm 100,000.00 *purata harga emas minggu ini dianggarkan rm 3175 01/12/10
  • 31 keping 20gm (3175 x 31 = 98,425) + kos pengangkutan (10 x 31=rm 310) (duit baki rm 1265)
  • 31 keping buat ar-rahnu agrobank dapat pinjaman 70%
Pinjaman untuk 1 keping 20gm dapat rm 2320. Jumlah pinjaman yang diperolehi rm 2320 x 31 = rm 71,920. Gunakan rm 71,920 + rm 1265 (baki) = rm 73,185 untuk membeli lagi emas 20gm
  • beli lagi 23 keping 20gm (3175 x 23 = 73,025) + kos pengangkutan (10 x 23 = 230)*tambah duit sikit rm 70
23 keping buat ar-rahnu agrobank dapat pinjaman 70%
  • Pinjaman untuk 1 keping 20gm dapat rm 2320
  • Jumlah pinjaman yang diperolehi rm 2320 x 23 = rm 53,360
Gunakan rm 53,360 untuk membeli lagi emas 20gm lagi
  • Beli lagi 16 keping 20gm (3175 x 16 = 50,800) + kos pengangkutan (10 x 16 = 160)=rm 50,960 (duit baki rm 2400)
16 keping buat ar-rahnu agrobank dapat pinjaman 70%
  • Pinjaman untuk 1 keping 20gm dapat rm 2320
  • Jumlah pinjaman yang diperolehi rm 2320 x 16 = rm 37,120
Gunakan rm 37,120 + rm 2400(baki) = rm 39,520 untuk membeli lagi emas 20gm lagi
  • Beli lagi 11 keping 20gm (3175 x 12 = 38,100) + kos pengangkutan (10 x 12 = 120)=rm 38,220 (duit baki rm 1300)
  • Jumlah emas yang anda miliki sekarang berjumlah 31 + 23 + 16 + 12 = 82 keping bernilai rm 260,350.00
Masa untuk menebus emas anda (6 bulan kemudian)
Sekarang mari kita buat anggaran keuntungan yang akan anda perolehi dalam tempoh 6 bulan (masa untuk tebus emas di ar-rahnu). Mengikut ramalan harga emas akan naik sehingga rm 200.00 untuk 1 gm pada penghujung tahun ini (dis 2010).
Oleh itu kita anggarkan harga 1 gm dalam tempoh 6 bulan lagi adalah sebanyak rm 200.00 (paling minimum). Pada ketika itu harga 1 keping 20gm bernilai rm 4000.00. Kadar upah 6 bulan untuk 1 keping 20gm sebanyak rm 120
Anda jual emas ditangan sebanyak rm 4000 x 12 = rm 48,000 (harga jual ikut harga we sell sebab anda adalah dealer)
Dengan rm 48,000 anda tebus 16 keping rm 37,120 + rm 1920 (upah simpan)= rm 39,040
  • baki rm 48000-39040 = rm 8960 (boleh tebus 3 keping lagi dari 23 keping tinggal 20 keping.)
  • Emas ditangan ada sebanyak 16 + 3 = 19 keping
  • Anda jual emas ditangan sebanyak rm 4000 x 19 = rm 76,000 (harga jual ikut harga we sell sebab anda adalah dealer)
Dengan rm 76,000 anda tebus 31 keping rm 71,920 + rm 3720 (upah simpan)= rm 75640
  • baki rm 76000-75640 = rm 360 (baki yangbelum tebus 20 + 31 -31 = 20
  • emas ditangan ada sebanyak 31 keping
  • Anda jual emas ditangan sebanyak rm 4000 x 13 = rm 52,000 (harga jual ikut harga we sell sebab anda adalah dealer) baki emas di tangan sebanyak 31 – 13 = 18 keping
Dengan rm 52,000 anda tebus 20 keping rm 46,400 + rm 2400 (upah simpan)= rm 48800
  • baki rm 52000-48800 = rm 3200 (semua emas di agrobank telah ditebus)
  • emas ditangan ada sebanyak 20 + 18 = 38 keping
  • Nilai emas ketika itu dengan kenaikan minimum mengikut jangkaan adalah sebanyak rm 4000 x 38 keping = rm 152,000.
  • Jumlah emas pula bertambah dari 31 keping kepada 38 keping. Keuntungan bersih selama 6 bulan adalah 7 keping x rm 4000 = rm 28000
fuhhhhhh….berapa banyak untung yang kita dapat dalam tempoh hanya 6 bulan sahaja…itupun hanya dengan kenaikan minimum….kalau kenaikan lebih dari rm4000. Anda kiralah sendiri…..
Jadi jangan tunggu lagi….
* pengiraan keuntungan mungkin akan berbeza mengikut berapa kali kita membuat ar-rahnu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...