Social Icons

Isnin, 10 Oktober 2011

AHLAN WASAHLAN...

Selamat Datang kepada delear baru di bawah  Network kami, selamat melabur dan menjana kekayaan dengan emas...kepada yang berminat dengan pelaburan emas boleh hubungi saya atau delaer network kami.

En. Ariff B. Abd Ghani 
019-9328067 
(Area Pasir Mas,Tanah Merah)
email=ariffd45222@yahoo.com

En.Mohd Afiq b Rozylan
013-3015094
Email : aoshiorton88@yahoo.com
(Area Machang,Tanah Merah, Jeli)

Selasa, 23 Ogos 2011

Himpunan Soalan-soalan Lazim dalam Pelaburan Silver



Berikut adalah beberapa soalan lazim yang dapat saya himpunkan bila masa seseorang itu baru hendak menceburkan diri dalam pelaburan silver.

1. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook “Silver Lot Shop”
Ia juga boleh dibeli dengan saya sendiri atau authorised dealer Pamp dan agen Public Silver

2. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook “Silver Lot Shop” kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ

3. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)

4. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/


5. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)

6. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling

7. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium

8. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 – 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220

9. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Ia akan naik ‘slow & steady’ tetapi kemungkinan besar
akan naik lebih renda peratusan berbanding silver

10. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan


untuk membeli emas atau perak boleh hubungi saya 013- 211 3166 



sumber: FB rahsia pelaburan silver.

Isnin, 22 Ogos 2011

Jangan Takut Rugi Untuk Melabur Emas


"Takut la melabur emas, takut hari ni beli esok rugi". Itu lah biasa bermain di fikiran orang di Malaysia ni. Masih ramai yang ragu-ragu tentang kekuatan pelaburan emas. Sedangkan rata-rata seluruh dunia bercakap tentang emas ...emas..n emas...

cuba tengok  gambarajah diatas kadar kenaikan emas dari 5 tahun yang lalu...hu banyak kan.







tak percaya! ini bukti graf terus menaik cam tangga gitu...boleh check di www.kitco.com



Pelaburan emas perlukan masa untuk mendapat untung lebih, makin lama simpan makin banyak lah keuntungan..tapi ramai juga yang tak sabar hari ini beli esok jual...tentula tak ader untung sebab antara jual & beli ada susut nilai antara 5%-15% (bagi emas pelaburan).



Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yang faham tentang konsep pelaburan di dalam emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.
5 tahun
Tetapi bagi sesetegah individu yg masih kabur tentang konsep ini, pastinya terpengaruh dgn Sentimen Pasaran, dan berasa takut untuk membeli emas kerana harganya melambung semakin tinggi.Masa tidak akan menunggu kita.


fikir-fikirkan lah...anda lebih bijak berfikir dari saya.

emas dulu, kini dan selamanya.......


Sabtu, 20 Ogos 2011

Pecah Rekod Harga 1 Dinar Kelantan RM 850 pada 20 Ogos 2011


Alhamdulilah 1 Dinar Kelantan terus melonjak naik sejajr dengan kenaikan emas dunia. 1 Dinar Kelantan Dari RM822 pada 18/8/2011 seterusnya naik RM 834 pada 19/8/2011 dan Hari ni terus naik tinggi sehingga RM850. Ini petanda baik menanti pelabur2 @ penyimpan2 emas. Kemungkinan trend kenaikan ini akan berterusan sehingga hari raya. apa tunggu lagi, bertindakanlah sekarang...jangan tengok saja.

call my nombor: 0132113166


Harga emas RM202.57 segram



Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014

HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.
Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.
Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.


sumber:http://www.bharian.com.my/articles/HargaemasRM202_57segram/Article/

Rabu, 20 April 2011

Rekod Tertinggi Harga Emas


Percaya atau tidak itulah hakikatnya....harga emas tidak akan menuggu kita......




HONG KONG - Emas di Hong Kong mencatat jualan lebih AS$1,500 (RM4,522) satu auns (28.34 gram) semalam kerana para peniaga mencari pasaran selamat di tengah kebimbangan masalah ekonomi global.

Logam bernilai itu mencatat harga pada AS$1,500 hingga AS$1,501 (RM4,525) setiap satu auns beberapa hari selepas Standard & Poor's menurunkan hutang Amerika Syarikat (AS) dari negatif kepada stabil.

Harga emas di negara itu sebelum ini mencatat harga AS$1,495 (RM4,507) hingga AS$1,496 (RM4,510) satu auns

Para penganalisis menyatakan bahawa kesan kenaikan harga emas itu adalah akibat ketegangan yang sedang berlaku di Asia Barat, Afrika Utara dan zon Eropah serta kebimbangan hutang tinggi AS.

Sementara itu di London, harga emas turut melonjak melebihi AS$1,500 satu auns buat kali pertama semasa dolar AS berada dalam keadaan lemah selain kebimbangan inflasi tinggi dan hutang.

Keadaan itu menyebabkan para pelabur beralih kepada emas yang merupakan satu pelaburan yang selamat.

Harga emas mencecah AS$1,505.65 (RM4,539) satu auns di Pasaran Jongkong London sebelum diniagakan pada harga AS$1,503.60 (RM4,533) satu auns.

sumber: Agensi

Rabu, 30 Mac 2011

HUKUM JUAL BELI EMAS SECARA ANSURAN (Bhg 2)

Adakah harus membeli emas dan perak dengan cara ansuran
Berbagai pendapat fuqaha’ mengenainya.
Sebahagiannya menganggap emas itu sebgai barang dan sebahagiannya menganggap barangan. Berdasarkan itu berlaku perbezaan pendapat mengenainya. Seperti berikut:
Tidak ada perbalahan fuqaha’ dalam perkara ini., kerana emas dan perak dianggap sebagai barang perniagaan, dan yang harus menjualnya melalui “murabahah” (mengambil untung) dan secara ansuran, kerana ia adalah galian yang telah digabungkan dengan hasil tangan tukang bentuk kerana bentuknya berlaku dengan seni tempa atau seni tangan. Adapun yang diharamkan ditujukan kepada jual emas dan perak asal (yang belum ditempa), maka disana ada perbezaan pendapat fuqaha’ yang disandarkan kepada hadis dhaif yang mengharamkan jualan bentuk ini secara ansuran.


Adakah harus jual emas secara ansur, atau ia mestilah dengan jual tunai, sedangkan sebagaimana diketahui keperluan kepada perkara ini sangat mendesak. Contoh seseorang hendak membeli barangan emas, dan ia telah membuat persafahaman dengan tuan emas supaya pembeli akan memberikannya sebahagian bayaran secara segera dan baki yang lain secara bertempoh.Minta penyelesaian.

Sebahagiannya menjawab:
Maka jual emas dengan bayaran ansur berselisih pendapat fuqaha’ padanya, Sebahagian nya berpendapat tidak harus(haram) jual emas dengan bayaran ansur, bahkan mistilah dengan serahan segera, kerana menganggap emas adalah nilai duit.

Berbeza sebahagian fuqaha’ yang lain yang berpendapat mengharuskan bayaran ansur, kerana emas sekarang bukanlah sebagai duit, tetapi telah bertukar kepada barang, sedangkan “hukum beredar bersama sebabnya pada wujud dan tiadanya”.
Dan yang awlanya (elokny) jangan terus kepada jual secara ansur melainkan ketika memerlukan.

Berkata Dr. Mahmud ‘Ukam pensyarah Syariah di Suria:
Harus jual Emas denga harga ansur, berdasarkan ia adalah barang, terutama bila ia dibentuk atau perhiasan. Sesungguhnya perkara ini telah diharuskan oleh bilangan yang tidak sedikit dari fuqaha’ sebagaimana yang disebut kan oleh pengarang “Bidayat al Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid”

Dan berkata Dr. Ahmad al Hajji al Kurdi penyusun “Mausu’ah Fiqhiyyah negara Kuwait: Emas dan perak tidak harus dijual keduanya dengan duit atau seumpama keduanya daripada emas dan perak melainkan secara tunai, dan tidak harus bertangguh apa juga keadaan, kerana menjual kedua-duanya namanya “saraf” dan syarat sahnya saraf ialah “Serah dalam majlis”

Berkata Dr. Rasyid bin Hamd al ‘Aliwiy antara ulamak Saudi:
Jumhur ahli ilmu lama dan baru berpendapat kepada melarang perkara tersebut, mereka mensyaratkan padanya apa yang disyaratkan pada duit emas dan perak iaitu serah dalam majlis akad, maka tidak boleh beli denga bertempoh dau ditangguhkan “beransur”
Dan sebahagian fuqaha’ berpendapat kepada mengharuskannya. Mereka menganggap perhiasan emas dan perak terkeluar dari ketegori duit, dan asal duit kepada ketegori barang, dan seterusnya, maka harus menjual dan membelinya dengan bertempoh dan dengan kard kredit. Dan pendapat pertama adalah lebih menyeluruh.

Dan berkata Dr. Ali Mahyyi al Din al Qurrah Daghi ketua Qism Fiqh di Kuliah Syariah di Qatar:
Tidak harus jual emas dan perak dengan ansuran, tidak boleh juga dengan bertempoh, samada bertambah atau tidak bertambah, kerana itu berkata fuqaha’: “Tidak harus mengambil untung secara Murabahah yang bertangguh dan jual dengan ansuran terhadap emas dan perak, yang demikian kerana hadis yang sohih yang menunjukkan wajib segera pada menjual emas dan perak. Rasulullah s.a.w bersabda:
( لا تبع الذهب بالذهب والفضة بالفضة إلا يدًا بيد سواء بسواء فإن اختلفت الأجناس فبيعوا كيفما شئتم إذا كان يدا بيد(
“Jangan kamu menjual emas dengan emas, perak dengan perak melainkan secara tunai dan sama. Maka jika berbeza jenis, maka bolehlah kamu menjualnya sebagaimana yang kamu suka bila ia secara tunai”

Dr Ali Jum’ah mufti Repablik Mesir berpendapat: Adapun Emas dan perak yang dibentuk, maka ia terkeluar dari menjadi harga(pengantara untuk penukaran) dan ternafi darinya sebab tunai, yang mewajibkan pada keduanya syarat tunai dan serah, dan yang membawa kesan pengharaman jual bertempoh. Maka ia menjadi seperti barangan lain yang boleh dijual dan beli dengan tunai dan bertempoh, kerana seperti dimaklumi “bahawa hukum itu ada bersama sebabnhya pada ada dan tiadanya”. Inilah juga pendapat imam Ibn Taimiyah dan muridnya Ibn Qayyum dan selain mereka, dengan syarat ia tidak dibentuk untuk perkara yang haram seperti sesuatu berbentuk emas yang hanya dipakai oleh lelaki yang tidak diharuskan mereka memakainyua.

Berkata Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya I’lam al Muqi’in: “Perhiasan yang diharuskan menjadi hasil cipta yang diharuskan seperti jenis baju dan barang, bukan dari jenis harga, kerana itu tidak diwajibkan padanya zakat, maka tidak berlaku riba diantaranya dan antara harga, sebagaimana tidak berlaku riba antara harga dengan barang-barang yang lain, sekalipun ia dari bukan sejenisnya. Maka sesungguhnya bentuk ini terkeluar dari maksud harga dan disediakan untuk diperdagangkan, maka tidak dilarang menjualnya dengan sejenisnya.
 
Berdasarkan apa yang telah lalu, maka sesungguhnya tidak ada tegahan syarak menjual Emas yang telah dibentuk, dengan cara ansuran hingga ke satu tempoh. Adapun emas yang tidak dibentuk, maka ia diatas asal tegahan kerana sebab riba.
 
Soalan:
Seorang perempuan hendak membeli emas secara ansuran kerana tidak cukup bajet, lalu beliau meminta dari penjual emas menjualkan kepadanya secara ansur, lalu ia menimbang dan menyebutkan harganya. Berkata tukang emas kepada perempuan tersebut: “saya akan menjualkannya kepada kamu dengan harga ini dan dan memberi pembayaran secara ansuran,dan aku tidak akan menambahkan harganya walaupun naik harga gram emas”, lalu perempuan tersebut berkata kepadanya: “Aku membeli mengikut harga ini, dan aku tidak menuntut darimu mengurangkan harga bila jatuh harga gram emas, lalu kedua-duanya sepakat menetapkan harga semasa itu. Apakah hukum jualan ini? Adakah harus membeli emas dengan cara ansuran ini.
 
Jawab:
Tidak harus menjual emas secara ansur, melainkan sekiranya emas sebagai imbalan kepada barangan.
Ditanya syeikh Uthaimin r.h tentang hukum beli emas secara ansur. Maka jawabnya r.h: “Beli emas secara ansur ada dua jenis:
Pertama: Beli emas dengan dirham, maka mistilah diserah dalam majlis akad. Maka apabila seorang membeli perhiasan emas dengan lima ribu rial, maka mistilah diserahkan lima ribu rial terdsebut dalam majlis akad, dan tidak harus membelinya secara ansur, kerana nabi s.a.w bersabda tentang jual emas dengan perak: “apabila jenis-jenis ini berbeza, maka bolehlah kamu jual bagaimana cara yang kamu mahu apabila secara tunai”
 
Kedua: Membeli emas dengan selain dirham, seperti membeli emas dengan gandum, seperti seorang berkata: “Aku beli darmu emas ini dengan seratus gantang gandum setiap bulan sepuluh gantang”, maka ini dibolehkan, keran jual disini berlaku antara dua perkara yang tidak diharamkan bertangguh
Berdasarkan ini kita nyatakan: “Apabila dijual emas dengan emas maka mistilah dengan dua perkara: bersamaan pada timbangan, dan serah sebelum berpisah. Maka apabila dijual emas dengan perak atau dengan dirham secara tunai, maka mistilah menjaga satu perkara iaitu serah sebelum berpisah. Apabila dijual emas dengan selain itu, maka tidak mengapa menjualnya secara ansur dan menangguhkan harga”.
 
Kesimpulannya
1- Saya cenderung kepada jual beli emas dengan ringgit yang kita lakukan tidak dianggap pertukaran emas dengan emas atau perak dengan perak yang misti dilakukan secara tunai. Kerana jual beli emas dalam praktik kita disini sebagai barangan, bukannya sebagai harga.
 
2- Oleh kerana menganggap jongkong emas, dinar dan perhiasan sebagai barangan, maka mengunci harga yang diperaktikkan oleh penjual dan pembeli emas, dianggap jual tempah. beli hari ini, emas ditempah dari pulau pinang atau kelantan memakan masa.
 
3- Dari segi keselamatan terdedah kepada bahaya sekiranya urus niaga emas dilakukan secara tunai tangan ke tangan sekiranhya jumlah yang besar.Contohnya tentulah tidak selamat urusan jual beli emas di ladang sawit, di estat dan sebagainya.Ini juga dikukuhkan dengan kaedah situasi mempengaruhi hukum.
 
4- Pun demikian seelok-eloknya diusahakan supaya jual beli emas secara tunai dan tidak bertangguh.

Syeikhul maqari
Hj. Othman bin Hamzah
http://syeikhulmaqari.blogspot.com

Hukum Beli Emas Ansuran & Trade 'In' (bhg 1)

a- Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.

b- Pohon penjelasan ustaz juga berkenaan cara menukar emas lama dengan yang baru, yang dikenali sebagai "trade in" yang selalu di lakukan oleh kaum wanita di Malaysia.

- ingin selamat di akhirat-

Jawapan :

a. Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.

Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.

Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.

Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 )

Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk 'at-tibr' (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga) , demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.

Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.

Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan) , Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula) . Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang dagangan).

Ia disokong Prof Dr Mahmud 'Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).

Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa: "perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.

Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan) .

Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)

Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah 'nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis.

b- Jawapan Bagi 'Trade in' Emas Lama Dengan Emas Baru.

Jelas menurut perbahasan hukum bahawa 'trade in' emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil'ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu'asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu' al-Sya'iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :

i) Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut ('Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.

ii) Mesti 'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.

Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'trade in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?

Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"

JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

Jumaat, 4 Mac 2011

Ahlan Wa Sahlan...Ke Rangkaian Abe Masdinar

TAHNIAH kepada Sahabat New Dealer Public Gold, 
EN. AHMAD RUJHAN OTHMAN..
Kepada sesiapa yang berminat dgn emas& perak bleh berhubung terus dgn beliau 
H/p: 019-2666955  Email : arujhan@gmail.com
(area Sekitar KL,Putrajaya, Bangi, Kajang, Serdang,Equine Park)
 
......................................................
berminat jd pengedar kawasan anda?
call/sms 013-2113166

http://abe-masdinar.blogspot.com/

Selasa, 1 Mac 2011

7 Sebab Harga EMAS akan MENINGKAT tinggi akhir 2011

Harga emas dijangka akan meningkat sehingga 1700 dolar/oz pada akhir tahun 2011. 
7 faktor asas yang menyumbang kepada kenaikan harga emas:
  
Pertama;
Dasar fiscal dan kewangan serta kadar hutang Negara AS yang semakin meningkat dan kemorosotan nilai dolar US akan menyebabkan kadar inflasi global meningkat tinggi.
Kedua;
Ketidakstabilan krisis ekonomi di negara eropah, terutamanya terhadap penerimaan penggunaan euro sebagai matawang dirantau eropah telah menyebabkan kemerosotan pengukuhan nilai mata wang tersebut.
Ketiga;
Negara China telah muncul sebagai sebuah Negara mengimpot emas sebagai pelaburan negara. Ia juga sebagai dasar Negara yang menyokong pemilikan emas bagi mengatasi masalah inflasi negaranya.
Keempat;
Permintaan emas yang sentiasa meningkat dan berterusan dari Negara India dan lain-lain Negara ASIA.
Kelima;
Kemerosotan kekukuhan nilai dolar AS dan euro berbanding dengan China dan Rusia yang menggunakan simpanan emas sebagai rezab matawang mereka.

Keenam;
Peningkatan pelaburan emas di AS dan Negara Eropah secara runcit dan institusi menyebakan permintaan terhadap emas di Negara tersebut semakin menarik.

Ketujuh;
Kekurangan pengeluaran dari lombong-lombong emas dalam 5 tahun akan datang bagi menampung permintaan terhadap barang kemas, pelaburan dan sebagai rezab mata wang sesebuah Negara adalah penyumbang terbesar terhadap peningkatan harga emas global!!

Isnin, 21 Februari 2011

Tentukan Pilihan Anda Samada ASB @ Emas @ Perak sbg pelaburan terbaik 2011

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, 
Mulai 3 Januari 2011 anda dah boleh keluarkan dividen ASB anda. Apakah hala tuju simpanan anda tahun 2011 ini. Semoga artikel dibawah membantu anda memilih . Selamat membaca dan membuat pilihan. Jika ada anda memilih pelaburan emas @ perak hubungi sy 013-2113166.

1. AMANAH SAHAM BUMIPUTERA


“PNB isytihar dividen dividen ASB 7.50sen, Bonus 1.25sen” – BERNAMA
Alhamdulillah, Permodalan Nasional berhad sudah isytihar dividen dan bonus untuk ASB untuk tahun 2010 sebanyak 8.75%. Andai simpanan ASB anda RM10,000, maka jumlah yang anda perolehi ialah RM875, pengiraan mudah. Saya juga antara pelabur yang meyimpan wang didalam akaun ASB. Dari segi keselamatan, memang terjamin dan dari segi pengurusan pula, anda tidak perlu pening kepala untuk monitoring saham setiap masa kerana semuanya diuruskan oleh pihak berwajib PNB.
Apa yang anda perlu buat ialah simpan duit anda didalam akaun ASB anda.


Analisa Dividen dan Bonus ASB dari tahun 1991 sehingga 2010.

2. EMAS


Pantas masa berlalu, penghujung tahun sudah tiba. Mungkin inilah masa terbaik untuk anda membuat analisis tentang kenaikan dan penurunan harga sesuatu barang. Apa jua yang berada di dunia ini mengalami turun dan naiknya. Alam juga tidak lari dari pasang surut airnya, siang dan malamnya. Kali ini, saya hanya membuat sedikit analisis tentang emas.

Dalam pemerhatian saya, kenaikan harga emas dari awal tahun 2010 hingga akhir tahun 2010 amat menarik. Kalau mengikut sumber dari GoldPrice History, purata kenaikan harga emas ialah 26.23%. Bagi saya, kenaikan ini sudah mengatasi pulangan ASB yang hanya 8.75% setahun. Eh, kalau simpan duit dalam bentuk emas bagus jugak ya.


Analisa Kenaikan Harga Emas Jan 2010 sehingga Disember 2010 – Sumber GoldPrice.org



3. PERAK

Mungkin ramai tidak menyedari potensi perak ( silver) kerana murah dan dianggap tidak bernilai seperti emas. Tetapi bagi mereka yang sudah mengkaji dari awal potensi emas dan perak, sudah tentu perak menjadi pilihan mereka. Kalau aku inform kat sinikenaikan harga perak mengatasi emas dan ASB, korang percaya?


Menurut sumber SilverPrice History, kenaikan harga perak pada tahun 2010 ialah 70.68%, saya juga tidak percaya dengan kenaikan ini, tetapi selepas membuat sedikit kajian dan analisa, memang ternyata kenaikan harga perak mencapai 70% pada akhir tahun 2010. Sekiranya anda membeli perak dengan harga RM1000 pada awal tahun, hari ini sudah bernilai RM1700, patut la orang asyik highlight dekat saya tentang emas dan perak penyimpan nilai terbaik.


Analisa kenaikan harga perak Jan 2010 sehingga Desember 2010 – Sumber SilverPrice.org 
Kesimpulannya,pilihan ditangan anda untuk menyimpan wang dalam bentuk aset stok (saham) , aset fizikal, atau letak duit bawah bantal. Dengan penjelasan diatas, mungkin dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat, dengan sedikit usaha anda untuk mencari maklumat yang lebih terperinci, anda mampu untuk membuat pilihan yang tepat. Satu nasihat dari saya, pelaburan yang akan anda pilih semestinya halal dan tidak terlibat dengan sesuatu yang meragukan. Saya sendiri pelbagaikan cara simpanan duit iaitu dalam bentuk emas, perak dan simpanan ASB.
Wassalam.
p/s : ASB 8.75%, Emas 26%, Perak 70%, pilih baik2 ya..

Sumber :Amygold999

Rabu, 16 Februari 2011

Minat Ke Tak Minat - Irfan Khari

Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat...
*
Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up/putus asa. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!

* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
 
* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari! Penyelidikan mengatakan bahawa, lebih dalam ilmu seseorang itu dalam sesuatu bidang, lebih tinggi pendapatannya!
 
Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat...

*
Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan... tetapi, keputusan akan tetap sama kerana perniagaan industri lain juga bukan minat kita!

* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat...
kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh... seperti melepaskan batuk ditangga. Bila tidak bersungguh-sungguh, maka, pulangan yang datang kepada kita juga tidak bersungguh-sungguh!
 
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelak akan gagal...
 
Jika dipantau kisah-kisah kejayaan dan juga membaca biografi mereka yang berjaya, semuanya melakukan apa yang mereka minat sebagai perniagaan. Adakah anda mempunyai minat yang boleh dijadikan perniagaan? Apakah minat anda?

 
Jadi, adakah perniagaan yang kita lakukan kini kita benar2 minat... ataupun tak minat? ;) 
 
**minat ke tak minat kita yang pupuk.kalau kita mahu berjaya kita kenalah berusaha bersungguh2.memang lah semua org mahu berjaya tp kalau kurang minat kerja pon boring laaa.bidang biznes adalah bidang mencabar tapi kalau buat dengan minat ia akan rasa seronok dan mampu tersenyum.buat biznes emas misalnya tiap2 hari mesti tgok harga emas,
 

 

Rabu, 9 Februari 2011

Jadual Seminar Pelaburan Emas Februari 2011

Seminar peluang perniagaan emas bersama Public Gold pada bulan Februari 2011.

Baiklah, disini ini adalah jadual seminar bulan Februari 2011.
Hari  Masa  Tajuk   Negeri  Tempat 
Sabtu
.
12/2/2011
.
pesanan:
.
Seminar kat JB terpaksa ditunda daripada 12/2/2011 ke 27/2/2011 atas sebab sebab yg tidah dapat dielakkan. Minta maaf banyak-banyak. 
Sesi 1
.
2.00 PM – 4.00 PM
.
Sesi 2
.
8.30 PM – 10.30 PM 
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold  Johor  Public Gold Johor Branch
45A Jalan Persisiran Perling
Johor Bahru
Ahad
.
.
13/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold  Melaka  MITC Ancasa Hotel
sebelah MITC, Ayer keroh, Melaka 
Rabu
.
16/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold  Kedah (SP)  Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani 
Khamis
.
17/2/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.  Ipoh  Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak 
Jumaat
.
18/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.  Penang  Public Gold Bishop Street,
No. 84, Lebuh Bishop, 10200 Penang 
Sabtu
.19/2/2011 
Sesi 1
.
3.00 PM–5.00 PM
.
Sesi 2
.
8.30 PM– 10.30 PM
.
p/s: Pilih salah satu sahaja
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold  Sunway  Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 
Ahad
.
20/2/2011 
10 pagi – 12 tengahari  New Dealer Orientation(untuk agen Public Gold Sahaja)  Sunway  Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway
Selasa
.
22/2/2011
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.  Seremban  Hotel Seri Malaysia, Seremban, Jalan Sg. Ujong
Rabu
.
23/2/2011
 
 8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.  Pahang  Hotel Seri Kuantan, Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan
Khamis
.
24/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold  Kuala Terengganu  Ming Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu 
Jumaat
.
25/2/2011 
8.30 PM- 10.30 PM Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold  Kelantan  Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1,
Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank) 
Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini. Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas. Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas 

 Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

 First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
 Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-2113166 butiran-butiran berikut
 1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda

Kelebihan Menjadi Agen Public Gold

Assalamualaikum Semua

masih ramai yang tidak tahu tentang kelebihan menjadi dealer public gold…

ok, antara kelebihannya :

1. Anda perlukan modal yang tinggi sehingga jutaan ringgit sekiranya ingin membuka kedai emas..tetapi dengan Public Gold dengan modal serendah RM 20k anda boleh menjadi dealer Public Gold …

2. Anda tidak perlu membayar yuran keahlian dananda boleh menyimpan emas sambil berniaga.

3. Melalui pengalaman saya emas Produk Public Gold sangat senang dijual. Harga emas yang ditawarkan oleh Public Gold lebih rendah berbanding harga kedai emas.

4. Perbezaan harga emas diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.

5. Stok emas Public Gold sentiasa ada namun oleh kerana permintaan terlalu tinggi Public Gold telah menetapkan Jadual Pengambilan Stok.

6. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold menggunakan kaedah online / sms / call/ melalui Priority dealer seperti saya.

7. Kelebihan membeli Gold bar Public Gold adalah ianya tetap diterima untuk dijual semula walaupun calar dan bengkok, asalkan beratnya tetap sama.

8. Agen diberi pamplet oleh syarikat .

9. Public Gold memberi komisyen sebanyak 1.0% sehingga 2.0% untuk jualan dan 0.5% untuk belian semula. Maksudnya, kalau anda order stok daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1.0%-2.0%% (daripada nilai jualan). Contoh anda beli emas 50g, berharga RM7,761 So, komisyen anda adalah (RM7,761 x 1.0%@1.5%@2.0%).

10. Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.5% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).

11. Tetapi jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan.

12. Tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

13. Apabila anda sudah menjadi agen PG, anda akan diberi id dan katalaluan untuk lock harga emas yang anda ingin beli. Kelebihannya disini adalah anda boleh lock pada bila-bila masa secara online atau call/sms kepada PG.

14. Anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapat keuntungan jual beli emas kerana nilai spread(susut nilai) rendah berbanding dengan kedai emas.

15. Keistimewaan barang kemas Public Gold pula ianya tiada kos upah..harga pula mengikut harga emas dunia yanga berubah setiap 20 minit…sila rujuk http://www.publicjewellery.com.my

Sabtu, 8 Januari 2011

Harga Emas Cecah RM4,650 seaun

6 Jan 2011 Utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.
Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku memandangkan trend semasa dan permintaan berterusan di pasaran.
''Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat.
''Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,'' katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas di minta mengulas mengenai harga pasaran semasa emas pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Poh Kong di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Perhubungan Korporat, Pentadbiran & Sumber Manusia, Margaret Hon dan Akauntan, Hoh Sze Haw.
 
Tahun lalu, harga komoditi mengalami lonjakan positif apabila ditutup pada paras yang tinggi terutama bagi emas hingga ke minyak mentah.
 
Harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4406.34) satu auns pada hari terakhir 2010, naik kira-kira 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Para penganalisis menjangkakan trend peningkatan harga akan berterusan pada tahun ini kerana emas merupakan komoditi paling cemerlang dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.
Secara tradisinya ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai dan sering digunakan sebagai mekanisme lindung nilai terhadap deflasi.

Jadual Seminar Januari 2011

Bagi mereka yang terlepas seminar bulan Disember 2010, anda masih berpeluang menyertai seminar pada bulan ini.



Sabtu 8/1/2011 
8.30 malam – 10.30 malam
Seminar Peluang Perniagaan Emas
Public Gold Melaka MITC Ancasa Hotel
sebelah MITC, Ayer keroh, Melaka


Selasa 11/1/2011
(DITUNDA) 
8.30 malam – 10.30 malam 
Seminar Peluang Perniagaan Emas 
Public Gold Penang Public Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.


Rabu 12/1/2011 
8.30 malam – 10.30 malam 
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani


Khamis 13/1/2011
. 8.30 malam – 10.30 malam 
Seminar Peluang Perniagaan Emas 
Public Gold. Ipoh Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak


Ahad 16/1/2011 8.30 malam – 10.30 malam 
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Seremban Hotel Seri Malaysia
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban,


Rabu 19/1/2011 
8.30 malam – 10.30 malam 
Seminar Peluang Perniagaan Emas 
Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank)


Khamis 20/1/2011 
8.30 malam – 10.30 malam
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold 
Kuala Terengganu Ming Star Hotel,
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu 


Jumaat 21/1/2011
8.30 malam – 10.30 malam 
Seminar Peluang Perniagaan Emas 
Public Gold. Kuantan
Pahang Hotel Seri Malaysia
Jalan Teluk Sisek
25000 Kuantan 


Sabtu 22/1/2011
2 sesi (pilih salah satu sahaja)
i. 12 tgh – 2.00 ptg ii. 8.30PM – 10.30 PM 
Seminar Peluang Perniagaan Emas 
Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 

Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan + perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini.Ini kerana saya lebih menumpukan kepada educational knowledge. Saya mahu setiap orang yang hadir ke seminar ini menjadi celik emas. Selepas celik emas barulah boleh belajar cara buat duit banyak dengan emas

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA. Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-2113166 butiran-butiran berikut
1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas.
Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.
Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...