Social Icons

Isnin, 15 November 2010

Peperangan Mata Wang, Pengunaan Emas sebagai Penyelesaian

Emas pengukur pergerakan mata wang

LONDON 8 Nov. - Ketua Bank Dunia, Robert Zoellick menggesa pemimpin-pemimpin ekonomi dunia mempertimbangkan penggunaan semula emas dalam sistem monetari sebagai pengukur dalam pergerakan mata wang.
Beliau membuat cadangan itu kerana bimbang berlaku 'peperangan mata wang' dalam suratnya yang diterbitkan dalam Financial Times.
Zoellick berkata, sistem itu perlu terlibat dalam dolar, euro, yen, pound dan renminbi yang kini diperdagangkan di peringkat antarabangsa.
''Sistem ini juga boleh mempertimbangkan penggunaan emas sebagai rujukan antarabangsa bagi jangkaan pasaran berkaitan inflasi, deflasi dan nilai mata wang hadapan,'' tambahnya.
Amerika Syarikat (AS) kini semakin konsisten mengkritik China kerana menurunkan nilai renminbi dengan tujuan untuk mengambil faedah dalam pasaran eksport.
Ekoran kritikan itu, China membalas balik dengan mencetak AS$600 bilion (RM1.8 trilion) duit baru sambil mendakwa untuk memberi AS kelebihan persaingan.
''Sekiranya polisi domestik adalah polisi optimum bagi AS, tetapi pada masa sama ia bukan polisi optimum bagi dunia, ia mungkin membawa banyak kesan negatif kepada dunia,'' menurut Ketua Bank Negara China, Zhou Xiaochuan.
China melahirkan kebimbangan polisi monetari Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan nilai dolar, menyebabkan eksport negara itu merosot.
Berikutan itu, China menggesa pemantauan terhadap pergerakan dolar AS semasa mesyuarat G20 di Seoul pada minggu ini.
Standard emas dipinggirkan oleh bekas Presiden AS, Richard Nixon pada 1971 kerana nilai dolar jatuh menjunam berbanding emas.
Emas dipercayai boleh membantu menangani inflasi tetapi ia tidak dibenarkan bagi polisi monetari fleksibel, yang mana kebanyakan pakar ekonomi mendakwa ia perlu dalam menangani kejutan ekonomi. - AFP


rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Sama-sama kita sedar tentang kepentingan emas dan nilai emas yang sentiasa utuh...nak emas atau nak jadi dealer public gold call/sms sy 013-2113166

Sabtu, 13 November 2010

Nak kertas ke nak Emas??


Gaji ADUN Kelantan dalam dinar, dirham

09/11/2010 12:38pm

KOTA BHARU 9 Nov. - Separuh daripada gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan mungkin dibayar dalam bentuk dinar dan dirham, Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya sedia untuk memanjangkan cadangan itu kepada Jabatan Perbendaharaan Negeri untuk diperhalusi.

"Kita cadang bawa perkara ini kepada pertimbangan kerajaan negeri dan juga Jabatan Perbendaharaan Negeri.

"Jika tiada apa halangan, kita mungkin akan melaksanakan separuh bayaran gaji kepada wakil rakyat dalam bentuk dinar dan dirham," katanya menjawab soalan Arifabillah Ibrahim (Pas-Dabong).

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan pembayaran separuh bayaran gaji dengan menggunakan dinar dan dirham bergantung kepada pilihan para Adun sendiri.

"Atas pilihan masing-masing, kita boleh bayar menggunakan mata wang itu kepada mereka yang setuju, tetapi bagi yang tidak setuju, kita boleh terus bayar dengan duit kertas," kata Husam. - Bernama

Selasa, 9 November 2010

Buat loan bank untuk beli Emas. Untung ke?

Pinjaman utk membeli atau menyimpan emas adalah yg terbaik jika anda merancang dgn betul. Rancanglah perbelanjaan anda.“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?


So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…


JAWAPAN:-
Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.


Mudah kan?


Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”

Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..


Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.


Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00
Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.
Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)


Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00 (semak kat sini)
Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz
Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).
Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!


Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!
Anda untung 51.88%


Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).


Berapa untungnyer? Jom kira…


Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!


Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!
dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)


Kesimpulannya…


Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…
Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas
Jangan pinjam along dah ler…


Disclaimer: Walaupun data yang saya gunakan disini adalah data sebenar,
tapi saya tak dapat menjamin kenaikan harga emas pada masa hadapan.
Ini adalah panduan semata-mata.
Kalau anda nak buat loan, terpulanglah pada anda.
Saya cuma berkongsi ilmu

**contoh di atas berdasarkan kiraan dengan Kijang emas kalau dengan emas Publicgold lagi2 untung nak tau bleh call/sms sy 013-2113166 (buat loan+beli emas+teknik ganda emas+simpan+pulangan lumayan)
-rujukan http://jutawanemas.co

Promosi Utk Jadi dealer Public Gold Hanya RM20 ribu sehingga 31 Disember 2010..banyak faedah yang akan anda dapat, berminat call/sms 013-2113166

Khamis, 4 November 2010

Jadual seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold.


Ok, ini jadual seminar En Syukor jutawanemas untuk bulan November 2010.
Hari Masa Tajuk Negeri Tempat
Sabtu
.
06/11/2010
10.30 pagi – 12.30 tgh p/s: Malam takde seminar Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 
Isnin
.
08/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kedah (SP) Public Gold Office
Sungai Petani
86B, First Floor
Jalan Pengkalan,
08000 Sungai Petani
Selasa
.
09/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Perak (Ipoh) Public Gold Office (Ipoh, Perak)
No. 45, 45A & 45B,
Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak
Rabu
.
10/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Penang Public Gold Bishop Street Branch No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang, Malaysia.
Khamis
.
11/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Bentong,Pahang Restoran TMK,
P32, Pusat Perniagaan Bentong Maju
Jumaat
.
12/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuantan,Pahang Tempat akan diumumkan kelak.
Sabtu
.
13/11/2010
3.00 petang –5.00 petang Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Bandar Sunway Public Gold Office
42A, Jalan PJS 8/6 (tingkat 3),
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 
Ahad
.
14/11/2010
.
(ada 2 sesi)
.p/s: pilih salah satu sesi ajer sebab seminar yang sama.
Sesi I
.
3.00 petang  – 5.00 petang
.
Sesi II
.
8.30  malam  – 10.30 malam
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold. Johor Bahru Public Gold Taman Perling Branch
45A & B, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor.
Ahad
.
21/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kelantan Public Gold Kelantan Branch,
Tingkat 1, Lot 257
Jalan Kebun Sultan
Kota Bharu (sebelah Public Bank)
Isnin
.
22/11/2010
8.30 malam – 10.30 malam Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold Kuala Terengganu Tempat akan dimaklumkan  kelak
Bagaimana cara untuk hadir ke seminar ini:

Seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 013-2113166  butiran-butiran berikut:
1. Nama penuh
2. Email
3. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak.

Apa faedah datang ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Saya lebih menumpukan kepada topik “Bagaimana Emas Boleh Menguntungkan Anda?” 
Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.
Kemudian baru saya bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir seminar ini.
FREE pulak tu :)

TURUN-NAIK-NAIK HARGA EMAS



Sememangnya masa depan tidak dapat kita ramalkan. Namun kita perlulah sentiasa berusaha merancang untuk mendapat yang terbaik. Sekiranya membuta tuli, itu tidak dinamakan perancangan jauh sekali menghampiri perancangan yang baik.
Perancangan yang baik adalah berdasarkan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang kita ada. Bercakap tentang pelaburan emas, perancangannya perlu mengambilkira pulangan dan jangka masa. Emas akan memberi keuntungan BERLIPAT KALI GANDA untuk JANGKA MASA yang panjang. Kita lihat harga emas untuk beberapa hari adalah tidak menentu.

Jadinya sekiranya 1 dinar yang anda beli semalam pada harga RM641 tiba-tiba merosot kepada RM620 hari ini.. janganlah risau.. kerana anda bukannya ingin menjualnya hari ini.

Begitu juga pada tempoh sebulan.. harganya masih tidak menentu, ingat pelaburan anda adalah untuk JANGKA MASA YANG PANJANG.

Namun sepertimana yang dinyatakan dalam post terdahulu pulangan akan mula dilihat selepas 3 bulan, peningkatan harga emas boleh dilihat selepas 6 bulan (Rujuk Graf).



Walaubagaimana pun untuk mendapat keuntungan BERLIPAT KALI GANDA anda perlu menunggu untuk tempoh yang lebih lama (> 3 tahun).
Sila perhatikan pada Harga 'High' dan 'Low' pada graf untuk tempoh 5 tahun tu.. Cuba lah bayangkan di mana pelaburan anda 5 tahun lagi.

Yang saya pasti..... untuk semua tempoh masa.. harga emas sentiasa NAIK..cuma sedikit atau banyak
sahaja. Jadinya tak perlu tunggu harga emas turun untuk membelinya.

Tempah lah sekarang, hubungi saya, 013-2113166.



Bagi saya, 2 KELEBIHAN saya perhatikan di sini.

PERTAMA :) 

 Kita beli emas dari wang simpanan sebagai pelaburan contohnya pada nilai RM10,000. Dari bulan ke bulan, tahun ke tahun saya tidak perlu lagi menambah tabungan melalui potongan gaji atau sebagainya kerana kenaikan harga emas akan meningkatkan jumlah pelaburan anda. Yang bisa menyedihkan nanti, kita membuat potongan bulanan untuk sesuatu perkara pada perkiraan KOS SEMASA (contoh beli kereta,beli rumah, tunai haji,pendidikan anak2) tapi kita nak buat perkara tu 5-6 atau 10 tahun lagi. Pada masa kita rasa tabungan kita cukup, KOS pula telah meningkat !!! 
KEDUA :) 

Harga Emas adalah terhindar dari sebarang MANIPULASI sepertimana yang berlaku semasa krisis matawang. Sebab pada pendapat saya, disebabkan stok yang terhad dan nilai sebenar emas yang tinggi.. HARGA TINGGI orang suka (sbb boleh jual dpt untung), bila ramai2 jual HARGA EMAS TURUN... ???? HARGA RENDAH pun orang suka jugak (sbb giliran orang lain pulak nak borong banyak2 lagi untuk masa depan). Dah tu macamana ? Kalu anda berkecimpungan dengan EMAS anda rasa rugi ke ?? "LU FIKIR LAH SENDIRI " sebab WA dah lama fikirkan nya.. Cuma pastikan kita jaga keselamatan emas kita dan rekod untuk bayar ZAKAT..
Untuk penjelasan lanjut serta tempahan hubungi saya 013-2113166
Sila layari http://www.kitco.com/charts/livegold untuk lebih banyak maklumat tentang harga emas.

sumber:emasmachang.com

Rabu, 3 November 2010

US Dollar seperti Tisu Tandas

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang
Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.
Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.
Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

sumber: utusan malaysia 1/11/10

Selasa, 2 November 2010

ArRahnu AgroBank adalah ArRahnu Yang Terbaik Bagi Emas Pelaburan Di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat dan ceria semasa menjalani ibadah puasa.
 
Baiklah disini saya ingin berkongsi satu berita yang sangat istimewa kepada pembeli emas pelaburan seperti jongkong emas Public Gold, PAMP Suisse, Dinar Emas Public Dinar dan juga jongkong-jongkong emas yang lain.

Untuk pengetahuan anda Ar-Rahnu Agrobank (www.agrobank.com.my/ar-rahnu) telah memperkenalkan beberapa terma yang sangat mesra emas pelaburan.
Perubahan ini sangatlah baik kepada pelabur-pelabur emas di Malaysia.
Dengan kata lain, sokongan daripada Ar-Rahnu Agrobank sangat membantu bagi mendapatkan tunai segera dan juga membantu kita membuat teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.
 
Terima kasih banyak-banyak Ar-Rahnu Agrobank. 
 
24_aug_1a.jpg 
Sebelum ini pemilik jongkong emas menghadapi masalah untuk menggadaikan emas mereka kerana Ar-Rahnu lain seperti Bank Rakyat dan YAPEIM tidak menerima jongkong emas especially Public Gold dan PAMP Suisse.

Namun kini masalah tersebut sudah selesai kerana Ar-Ranu Agrobank sekarang menawarkan terma yang sangat menarik untuk gadaian jongkong emas.
 
Terdapat 5 terma baru yang sangat membantu pelabur emas iaitu:
1. Margin pinjaman 70% walaupun ia adalah gadaian pertama anda.
2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram)
3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang
4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (bagi 70% pinjaman)

Huraian terperinci.

1. Margin pinjaman 70%  diberikan walaupun ia gadaian pertama.
Dahulu gadaian pertama cuma boleh dapat 60% daripada nilai emas, kali kedua gadai baru dapat 70%. Sekarang anda boleh memperolehi terus pinjaman maksima 70% daripada nilai emas walaupun pertama kali menggadai. Bagi saya, semakin tinggi nilai pinjaman, semakin besar peluang kita untuk menjana keuntungan dengan hasil pinjaman tersebut... hehehe money is only a tool to make more money.
 
2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram).
Sebelum pengumuman terma baru ini, rate untuk emas 999.9 adalah RM126 /gram. Jadi, pada nilai ini anda cuma boleh meminjam sebanyak RM88.20 (70% daripada RM126) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Dengan peningkatan nilai kepada RM148.50/gram maka kini anda boleh meminjam RM103.95 (70% daripada RM148.50) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Rate ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut harga emas semasa dunia.
 
p/s: Jika anda menggadaikan 100g emas 999.9, pada rate RM126/gram anda boleh meminjam RM8820.00. Pada rate 148.50/gram anda boleh meminjam sehingga RM10395.00 . Ini adalah perbezaan sebanyak RM1575.00. Banyak tu..
 
3.  Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000
Sebelum ini, pinjaman maksima yang boleh diberikan oleh Ar-Rahnu Agrobank ialah RM50,000 (RM10,000 sehari x 5 hari). Sekarang kita boleh meminjam sehingga RM150,000 (RM50,000 sehari x 3 hari) Dengan kata lain anda boleh menukar 1.4 kilo emas kepada tunai di Ar-Rahnu Agrobank :)
p/s: Semakin tinggi nilai pinjaman maka semakin besar keuntungan yang boleh anda hasilkan dengan teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan A-Rahnu. Contohnya pajak emas ketika harga emas turun untuk membeli lebih banyak emas. Jual apabila harga naik semula. Bagi peniaga emas Public Gold, ini memudahkan anda membuat buy back emas pelanggan anda.
 
4. Tempoh gadaian yang lebih panjang iaitu 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
Sebelum ini Ar-Ranhu Agrobank cuma memberikan tempoh gadaian 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (selepas 6 bulan sambung 3 bulan, lepas tu sambung 2 bulan). Sekarang anda boleh sambung kontrak gadaian kepada 6 bulan sambung lagi 6 bulan (jumlah semua 18 bulan)
 
5. Promosi - upah simpan hanyah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (70% pinjaman)
Untuk 3 bulan bermula 16/8/2010 Agrobank memberikan rate upah simpan yang sangat menarik iaitu cuma 0.60 sen bagi setiap nilai marhum RM100 dan bagi pinjaman 70%. Jadi kalau nak dapat rate special nie kena pegi gadai dalam tempoh 3 bulan ini lah. Jadi, saya pun cepat-cepat ke Agrobank Melaka untuk memperbaharui surat-surat gadaian saya untuk mendapat rate yang lebih tinggi dan upah simpan yang lebih murah.
 
Biasanya kadar upah simpan adalah seperti berikut:
24_aug_1c.jpg

Apakah keistimewaan pajak gadai Islam Ar-Rahnu ini?

1. Ia adalah konsep pinjaman tanpa unsur riba.
    Keuntungan Ar-Rahnu adalah daripada upah simpan emas.
 
2. Anda tidak dikenakan bayaran sepanjang tempoh pinjaman.
    Anda hanya bayar upah simpan apabila menebus emas anda ataupun
   setelah tamat tempoh gadaian 6 bulan. (ayat mudah, pinjam sekarang
   6 bulan lagi baru fikir bayar. Courts Mammoth pun kalah oooo...)
 
3. Jika anda hendak melanjutkan tempoh gadaian selepas 6 bulan, anda cuma perlu
    membayar upah simpan untuk 6 bulan terdahulu. Lepas tu anda boleh lanjutkan
    pinjaman lagi 6 bulan. Bayaran simpanan untuk tempoh lanjutan tersebut cuma
    dibayar 6 bulan akan datang.
 
4. Memandangkan pinjaman diberikan mengikut harga emas, kita akan memperolehi
    keuntungan di dalam jangka masa panjang apabila harga emas semakin
    meningkat (semakin tinggi harga emas semakin banyak RM yang boleh kita pinjam)
    Bila emas naik harga 100 peratus, pinjaman Ar-Rahnu pun akan meningkat 100%!
 
5. Sekiranya penggadai tidak boleh menebus emas tersebut maka ia akan dilelong.
    Ar-Rahnu akan mengambil nilai hutang penggadai + upah simpan dan akan
    memulangkan kembali lebihan wang lelongan tersebut (jika ada).

Kesimpulan.

Tahniah saya ucapkan kepada Ar-Rahnu Agrobank. Terma baru ini banyak membantu pembeli emas jongkong dan juga peniaga emas seperti saya. Jika dahulu gadaian emas adalah untuk mereka yang sesak wang dan menggadaikan barang kemas, namun sekarang telah wujud satu kumpulan baru iaitu pelabur emas. Ini kerana trend pelaburan emas telah mula mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Kepada pembeli jongkong emas, anda kini boleh menggunakan kemudahan Ar-Rahnu Agrobank.
Mereka akan menerima anda dengan tangan terbuka dan senyuman lebar.
sumber: jutawanemas.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...