Social Icons

Ahad, 24 Oktober 2010

Nak Simpan Wang?!! Anda Tahu Tak Rahsia Wang ?


Adakah menyimpan wang merupakan salah satu daripada azam anda?

Jika jawapan anda adalah Ya... tahniah! Azam anda memang bagus

Sebelum anda menyimpan wang, ada baiknya kita berkongsi maklumat tentang rahsia wang.

wang pun ada rahsianya... anda tau tak?

Dengan mengetahui rahsia wang, ia akan membantu anda menyimpan kekayaan yang sebenar.

Artikel kali ini menyentuh tentang wang,
kalau dalam bahasa Inggerisnya = Money
Rakyat Malaysia dan Wang.

Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Betul tak?

Wang kertas inilah yang kita gunakan setiap hari.


Kita sangka kan inilah wang yang sebenarnya... betul ke?


Ringgit Malaysia - wang kertas kita

Tahu kah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan terperanjat!

Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.

Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?
Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:

1. Sebagai unit nilai:
Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Medium Pertukaran:
Wang perlu berfungsi sebagai medium pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai medium pertukaran
dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
Ini membolehkan urus niaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.
Wang Kertas Ringgit Malaysia.





Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.

Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga. Ia hanyalah kertas yang dicetak dengan nilai tertentu oleh kerajaan.

Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir 11. "Sebenarnya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang
yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan".

Nah, lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh...

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Ini kerana nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Kononnya ia adalah akibat inflasi. Inflasi akan mengurangkan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas di tangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:

Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.

Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?

Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas?

Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada harga emas berkenaan?

Sudah pasti harganya akan naik.



Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD842

Emas adalah wang yang sebenar. Ia adalah penyimpan nilai yang terunggul, terbaik dan tepat.
Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:





Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal "The Golden Constant" yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut "Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangka masa yang panjang, contohnya setengah abad".

Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangka masa 400 tahun.


Kesimpulan:



Emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.

Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Wang kertas pula gagal berfungsi sebagai wang yang baik. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri.

Ia juga gagal menyimpan nilai untuk jangka masa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.

Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting

Wang = Emas

Simpan wang = Simpan emas



Sumber: http://jutawanemas.com

Rabu, 20 Oktober 2010

Kenapa Perlu Menyimpan Emas?


Kenapa kita mesti menyimpan EMAS?

Saya 100% percaya ramai yang sudah ada jawapannya! Saya lagi 100% percaya ramai yang sudah menyimpan stok EMAS...kat mana? Mestilah di dalam peti (bank) dan di bawah bantal (rumah)...Namun, saya 100% percaya ada lagi sahabat sekelian yang masih teragak-agak...masih berkira-kira...masih ragu-ragu di dalam membuat keputusan NAK BELI atau TAK NAK BELI. Jadi kepada sahabat sekelian yang masih teragak-agak...masih berkira-kira...masih ragu-ragu...Ini jawapannya "Kenapa kita mesti menyimpan EMAS"

EMAS adalah satu bentuk simpanan dalam bentuk jangka panjang atau jangka pendek. Apabila kita membeli dan menyimpan EMAS...sebenarnya kita sedang meningkatkan nilai ASET yang sedia ada. EMAS adalah ASET yang nyata dan boleh disentuh seperti tanah dan/atau rumah. Contohnya:

Pada tahun 2009 sahabat memiliki:

1.ASET 1: Tanah yang berharga RM60,000
2. ASET 2: Rumah yang berharga RM180,000
3. TOTAL RM240,000


Pada tahun 2010 sahabat bercadang membeli EMAS seberat 20g yang berharga RM2,749 (harga penutup 5/1/2010). Apa kesannya kepada ASET sahabat?

1. ASET 1: Tanah yang berharga RM60,000
2. ASET 2: Rumah yang berharga RM180,000
3. ASET 3: Emas 20gram yang berharga RM2,749
4. TOTAL RM242,749


Jumlah yang ditunjukkan ini adalah pada harga kos (belian)...belum lagi ambil kira kenaikan sepanjang tahun kerana ketiga-tiga ASET ini mustahil untuk JATUH. Inilah kelebihan apabila sahabat sekelian menyimpan EMAS sebagai tambahan nilai ASET sedia ada...Tak rugi...Untung lagi...Berbaloi-baloi dengan modal yang minimum!

Sumber: Pustakaemas

Sabtu, 16 Oktober 2010

Rahsia Nak Manfaatkan Untung Emas Tahunan Sepertimana Dividen ASB


Salam semua,

Hari ni saya mendapat pertanyaan dari pelabur tegar ASB melalui agen saya. Soalannya lebih kurang macam ni la:

Soalan 1 : Jika melabur dalam ASB, saya dapat amik dividen tiap-tiap tahun untuk melancong, belanja anak sekolah, top up OD/ASB dan lain-lain lagi dengan mengekalkan nilai pelaburan asal untuk mengutip sejumlah dividen lagi pada tahun berikutnya. Jadi dalam kes melabur emas ni, macamana nak ambik duit dividennya ? adakah saya terpaksa jual emas untuk dapat untungnya, pastu kena beli balik (which is harganya lebih tinggi lagi) untuk jana untung tahun seterusnya.

Soalan 2 : Emas nak jual kat sape? mudah ke prosesnya..



Jawapan No 1:

Sebelum jawab lanjut soalan ni, ulasan saya adalah : sebagai orang Islam yang hidup di zaman teknologi ICT, maklumat di hujung jari, tanya saja pada pakcik google, dia akan bagitau semuanya. So kita boleh dapatkan info yang pelaburan ASB sebenarnya adalah haram, namun diistiharkan Harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan atas dasar kemaslahatan ummah, bukan kerana halal proses urusniaga dan pelaburannya. Oleh itu, orang kata ndak seribu daya, tak ndak seribu dalih.

Pada saya, bagi yang tahu, kita wajib meninggalkan ASB dan kita pakat push PNB menghalalkan urusniaga ASB ini. Jika kesatuan Islam bergabung dan dengan kekuatan 'suara' MFK, maka kita umat Islam Malaysia boleh mendesak kerajaan dan PNB menghalalkan ASB. Semua pakat diam tak buat apa pastu dok kata kita tak de kuasa. Kita ada kuasa sebenarnya, bila kita semua sepakat ugut nak kuarkan duit ASB, mesti PNB gelabah dan cepat2 amik tindakan sewajarnya. Yang herannya, orang atas kat PNB tu majoritinya semua Islam tapi.....

ok...bagi menjawab soalan di atas pula, saya suka memberi perkiraan seperti di bawah ini terlebih dahulu.

Pada hari ni mereka membeli emas sebanyak 20k dengan pecahan berikut :
i. 20 gram - RM 2698.00 x 5 keping = RM 13 490
ii. 50 gram - RM 6712.00 x 1 kpg = RM 6,712
Total investment = RM 20,202

Pada hujung tahun iaitu bulan 12, diandaikan kenaikan 37%, oleh itu nilai emas mereka telah menjadi :

i. 20g - RM 2698 X 37% = 998.26
- RM 2698 + RM998.26 = RM3,696.26
- RM 3,696.26 X 5 kpg = RM 18,481.30

ii. 50g - RM 6,712 X 37% = RM 2,483.44
- RM 6,712 + RM 2,483.44 = RM 9,195.44 

Nilai emasnya telah menjadi :RM 18,481.30 + RM 9,195.44 = RM 27,676.74 

Keuntungannya adalah RM 27,676.74 - RM 20,202 = RM 7,474.74

Kalau nak guna nilai keuntungan tersebut: jual la emasnya sebanyak 2 keping 20g :
RM 3,696.26 X 2 = RM 7,392.52
dgn itu, walapon emasnya berkurang dari segi berat, tetapi nilainya masih sama seperti modal asal.

Jika dalam ASB, mereka menabung tiap2 bulan, maka simpan emas pon sepatutnya mereka beli tiap2 bulan. Maka pada akhir tahun mereka jual sebahagian emas untuk menggunakan keuntungan yang diperolehi, tetapi nilai emas yg ada masih sama spt modal asal (ataupon bertambah disbbkan dok tambah emas tiap2 bulan) depend kpd perancangan dan matlamat masing2.

Harus diingat, anggaran 37% keuntungan adalah andaian berdasarkan purata kenaikan harga 5 tahun lepas. Tidak mengambilkira harga sebenar (harga buy) jika nak jual semula. but still keuntungan ada especially jika pandai timing bila nak jual semula.Kalau jadi agen, boleh carik buyer dan jual dengan harga jual(sell price) seperti perkiraan di atas.

Jawapan soalan 2 :

Berkenaan nak jual semula kat sapa, just contact mana2 agen atau jual ke publicgold sendiri. rujuk web publicgold utk lihat senarai dealer terkini.jual kat akakpon boleh....dialu-alukan. Harga pula ikut harga buy semasa. Just bagitau nak jual balik, setuju harga then boleh jumpa untuk berurusniaga. semudah abc kan??

Sekian, semoga dapat manfaat dari perkongsian ini...

Blog Baru dari abemas kpd abe-masdinar

Assalamualaikum...

Oleh kerana Blog saya abemas.blogspot.com xdpat di buka entah tak tau jugak apa masalahnya. jd sy perkenalkan blog sy yg baru ganti abemas kepada abe-masdinar.blogspot.com

harap pengunjung dapat memfaat dr blog sy ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...